Want your
own Fotopage?














 
KUALA LUMPUR, KELANTAN, PERAK & TERENGGANU PHOTOGRAPHER

By: Hisham Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  >  >>]    [Archive]
Saturday, 28-Feb-2009 13:09 Email | Share | | Bookmark
Temujanji Bersama Pelanggan



De' Pesona STUDIO menggalakkan semua bakal pelanggan kami membuat temujanji runding cara bagi setiap perkhidmatan yang diperlukan.
Selain dapat memenuhi hasrat hari bahagia anda, bakal pelanggan juga boleh menetapkan pakej-pakej yang bersesuaian dengan bajet perkahwinan dsb.


[b]Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda[/b]

-Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin
-Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.


Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

Care to comment?


Friday, 20-Feb-2009 17:00 Email | Share | | Bookmark
Perjumpaan Jurugambar Kelantan (KLIK) @ Stadium Sultan Mohamad





Aktiviti mingguan jurugambar Negeri Kelantan (KLIK) telah diadakan dihadapan Stadium Sultan Mohamad, Kota Bharu.
Tajuk sesi fotografi - "PANNING"
Tapi last-last aku yang pening cari setting camera.

tu dia masing2 angkat meriam ...... gegel tangan tuh Tue 16-Jun-2009 03:51
Posted by:daniel
lagu mana sayo nk joint klab ni...mcm bes jer..sayo ado dslr 400D(canon).. Sun 21-Jun-2009 13:31
Posted by:zoul dzulkarami@yahoo.com
Add comment


Sunday, 15-Feb-2009 13:16 Email | Share | | Bookmark
Creative Lighting System (CLS) @ TESCO, Kota Bharu, Kelantan.

puashati! dapat jumpa ngan geng2 photog Pantai Timur. ramai otai2 yang hadir. semuanya tak kedekut ilmu dan tak pilih bulu!
ada gak 'bunga' ari tu, klu ada ramai lagi canteekkk.........







nice pic.. Wed 18-Feb-2009 02:10
Posted by:Faizal Afly  - [Link]
boleh join atek ke? mesti best sbb biar ramai lg mek kelate aktif dlm bidang nih.... Thu 19-Mar-2009 16:46
Posted by:zana
Add comment


Monday, 9-Feb-2009 17:34 Email | Share | | Bookmark
Cuti-cuti Malaysia


Care to comment?


Monday, 9-Feb-2009 17:24 Email | Share | | Bookmark
KALENDAR TEMPAHAN FOTOGRAFI PERKAHWINAN



De'PESONA STUDIO Wedding Event Calendar 2009


:-APRIL-:
17 April 2009:- FAMILY PORTRAIT - Pasir Mas, Kelantan
18 April 2009:- Fitness Centre Photo Shoot- Pantai Senok
25 April 2009:- NIKON WORKSHOP- KUANTAN
26 April 2009:- NIKON WORKSHOP- KUANTAN

:-MEI -:
01 Mei 2009:- OUTDOOR SESSION- FULL
02 Mei 2009:- WHITE ROOM STUDIO - FULL
03 Mei 2009:- STILL AVAILABLE
08 Mei 2009:- OUTDOOR SESSION - FULL
09 Mei 2009:- STILL AVAILABLE
10 Mei 2009:- STILL AVAILABLE
15 Mei 2009:- STILL AVAILABLE
16 Mei 2009:- STILL AVAILABLE
17 Mei 2009:- STILL AVAILABLE
18 Mei 2009:- STILL AVAILABLE
22 Mei 2009:- STILL AVAILABLE
23 Mei 2009:- Pantai Sri Tujoh, OUTDOOR SESSION
24 Mei 2009:- STILL AVAILABLE
26 Mei 2009:- STILL AVAILABLE
29 Mei 2009:- STILL AVAILABLE
30 Mei 2009:- STILL AVAILABLE
31 Mei 2009:- Mohd Shuhaimi, Pasir Mas. - DEPOSIT PAID

:-JUN-:
05 Jun 2009:- Tersang, Pasir Mas, Kelantan
06 Jun 2009:- Mohd Zariff Bin Zahari, Pasir Tumboh. - DEPOSIT PAID
06 Jun 2009:- Shikin, Pengkalan Chepa -DEPOSIT PAID
07 Jun 2009:- Zana. Batang Merbau, Tanah Merah Kelantan.DEPOSIT PAID
08 Jun 2009:- STILL AVAILABLE
12 Jun 2009:- Munirah & Aishah, Pasir Mas - DEPOSIT PAID
13 Jun 2009:- Munirah & Aishah, Pasir Mas - DEPOSIT PAID
14 Jun 2009:-Outdoor Session PUTRAJAYA
15 Jun 2009:-FOTOTEACHER.COM - Kursus Fotografi Majlis Rasmi
16 Jun 2009:-Sight Seeing Genting Highland
20 Jun 2009:- Flash Photography Lesson - Kuala Kangsar






***ONLY BOOKING WITH PAYMENT WILL BE LISTED.

SILA KLIK SINI UNTUK BUAT TEMPAHAN ATAU PERTANYAAN
http://depesonastudio.wufoo.com/forms/borang-tempahan/

nice capture
untuk pakej perkahwinan lengkap, dekorasi hantaran, muffins fot doorgift, tempahan pakaian pengantin dan lain2 servis perkahwinan, jemput singgah http://weddings-galore.fotopages.com
Tue 24-Feb-2009 00:32
Posted by:Julie nor_liez84@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Friday, 6-Jun-2008 18:00 Email | Share | | Bookmark
Nikah+Sanding : AZRIL& DR.NADIA @ Rantau Panjang, Kelantan







Care to comment?


Sunday, 28-Oct-2007 20:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis Dialog Bersama Ketua Pengarah Imigresen

Semasa majlis dialog ni aku dilantik sebagai 'OFFICIAL PHOTOGRAPHER'.




Care to comment?


Monday, 15-Oct-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Nikah+Sanding : Shikin&Zul @ Machang, Kelantan

Shikin
 
 
















Kepada Zul & Shikin, pls refer to our financial dept for more info.





welcome to fp Fri 5-Dec-2008 14:19
Posted by:dimebag  - [Link]
welcome to fp
Fri 5-Dec-2008 14:54
Posted by:dimebag deinvent@yahoo.com  - [Link]
we just got a message from somebody that care about somebody else feeling. but we believe if you meet this kind of 'kaki kapur' we think you will do more than we do..... Fri 8-May-2009 17:41
Posted by:Acc Dept  - [Link]
View all 7 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  [4]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.